Rabu, 9 September 2009

Renungan

Salam kengkawan. hari ni saje nak bg renungan ckit. saje suka2. baca ye kengkawan...
Bila Allah menghantar dugaan kpd kita, Dia juga menghantar kekuatan dan jawapan kepada dugaan itu. Melalui keyakinan Allah tidak meninggalkan kita terkapai-kapai sendirian, kita menjadi lebih kental jiwa menghadapi apa jua dugaan dan cabaran yg datang. selain itu, bila kita kenal segala dugaan ini sebenarnya adalah alat atau guru yg dihantar utk menjadikan kita lebih matang dan memahami hidup ini, maka kita menjadi lebih tenang dan dapat menerima ia dtg dlm hidup kita. namun itu, tidak bermaksud kita berserah dan menjadi lembu dicucuk hidung sahaja. menerima sahaja bila diperbodohkan dan dicaci maki. kita perlu mengambil tindakan dan melangkah. kita perlu mengambil keputusan yg tidak hanya menguntungkan kita, tetapi juga org lain. kita juga perlu mempertahankan harga diri dan maruah kita. ingat ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah. renungan ni khas aku tujukan buat kengkawan perempuan aku...renung2kan...dan selamat beramal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan