Jumaat, 4 September 2009

Sahabat

Salam kengkawan. Hari nie rasa malas nak membahasakan diri sebagai 'saya'. Rasa macam terlalu formal, skema, lurus bendul dan seangkatan dgnnyer..so, today rasenyer nak guna aku jer...well, lmbt ckit update blog aku hari nie..bukan ckit..lmbt bnyk nie..dah tengah mlm ropenyer..hari nie tetiba rasa nak tulis pasal sahabat.aku mula kenal ape tu sahabat rasenyer masa dah masuk darjah 6. masa tu baru tau sape best friend dan sape kengkawan biase jek..bile masuk Laboo the Great, lagi la aku banyak belajar tentang erti persahabatan. sampai la dah keje nie, dah ade anak..sahabat tetap jadi sebahagian dari hidup aku. aku tak tau la kengkawan lain camane, esp bile masing2 dah ber'famili'. tapi aku, sahabat ibarat sebelah tangan, tak kira samada tangan kanan atau tangan kiri. kalau hilang salah satu, fungsi badan aku takkan sempurna. macam tu la ibaratnye..macam seekor burung, perlukan kedua-dua sayap untuk terbang, andai satu sayapnye pincang, maka hilanglah keistimewaan seekor burung.sampai la ke saat ini, aku rasa Tuhan telah temukan aku dengan ramai manusia yg boleh dan layak digelar sahabat. Terima kasih Tuhan, aku bersyukur. pada aku itu satu anugerah. bukan semua org dapat rasa mcm aku rasa. tiap kali aku dilanda masalah, aku ade sahabat yg sudi berkongsi suka dan duka. buat sahabat, andai ade yg membaca coretan aku ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih. aku tak punya wang berjuta untuk membalas segala pengorbananmu, tapi kepada Tuhan aku berdoa untuk diri mu, semoga kehidupan mu akan terus dilimpahi dengan keberkatan Ilahi, dimurahkan rezeki dan sentiasa memperoleh ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan. bagi korang yg rasanye layak digelar sahabat, berbanggalah...kerana sahabat itu bukan ditemui secara kebetulan tetapi sahabat adalah satu anugerah. buat sahabatku, dia tahu siapa yg aku panggil sahabat...

2 ulasan:

  1. Lat, teringat kisah kat labu time kite kanak-kanak dulu. he..he.. Kite sahabat awak lagi kan.Keep writing :)

    BalasPadam
  2. Cikgu,

    Masa saya (ya, guna perkataan saya sebab nak bunyi 'rasmi' sedikit bila berbicara dengan seorang cikgu). Ok masa saya sekolah dulu seorang cikgu bila menulis mesti akan mengekalkan tatabahasa Bahasa Melayu dia.

    Dalam kekalutan (ya, masih agak kalut lagi) orang marahkan PPSMI dan nak memartabatkan Bahasa Melayu, saya rasa mungkin cikgu boleh juga membantu; dengan menulis dalam tatabahasa Bahasa Melayu dan mengelakkan bahasa SMS atau pesanan ringkas. Sebabnya, bukankah cikgu itu selalu menjadi contoh dalam banyak perkara. Lebih-lebih lagi jika ada anak murid yang mengunjungi blog ini. Dulu-dulu, cikgu-cikgu adalah golongan yang memperjuangkan kemerdekaan. Besar pahala mereka.

    Atau saya cadangkan, mungkin Cikgu buat 2 versi; satu versi Bahasa Melayu yang tepat dan satu lagi versi dialek negeri mana cikgu berasal. Versi bahasa rojak tidak digalakkan sebab merosakkan bahasa, bukan? Lebih elok ditulis dalam Bahasa Inggeris yang lengkap. Bahasa dialek bagus sebab kita mengekalkan tradisi dan identiti unik yang kian pupus. Bangsa lain juga mengekalkan dialek mereka, bahkan berjuang mengekalkan bahasa mereka.

    Saya cadangkan sahaja. Lagi pula laman blog ini cikgu yang punya dan cikgu boleh 'mengurusnya' mengikut apa jua kehendak cikgu.

    Mungkin cikgu bukan cikgu Bahasa Melayu, tapi seorang cikgu, tetap cikgu dan menjadi contoh. Mohon maaf jika saya ada menyinggung cikgu jua.

    Nota: Saya suka mencontohi Cikgu Sidek (Prof. Dr. Sidek Baba, UIAM). Masa berbual pun Bahasa Melayu beliau terserlah.

    Oh ya, teruskan menulis sebab topik-topik yang cikgu bawakan ada membawa makna. Bercakap pasal makna, saya kongsikan pengertian ilmu dengan cikgu, sebagaimana yang pernah ditulis oleh Prof. Syed Naquib al-Attas (bapa kepada Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas, bekas Ketua Pengarah IKIM). Kata Prof. Syed Naquib, yang lebih kurang bermaksud begini ilmu itu adalah apabila sampai makna kepada seseorang. Contoh: Bila kita bercakap pasal cawan, makna cawan itu pada fikiran saya (warnanya, saiznya, reka bentuknya, harganya, beli di mana dan lain-lain) mungkin berbeza dengan makna cawan di fikiran cikgu.

    Terima kasih.

    Mi,
    Putrajaya.

    BalasPadam