Rabu, 30 Jun 2010

Kelebihan Ayat Kursi

Salam utk semua..First of all, terima kasih buat sesape yg dah atau pnh mengikuti blog saya ni..walaupun tak berapa menarik tapi kira ok le kalau ade yg sudi nak baca catatan2 saya..so, hari ni saya ade something yg sgt menarik utk saya share dgn semua..baca la ye..

Kelebihan Membaca Ayat Kursi

1) Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua org Malaikat memeliharanya hingga subuh

2) Barang siapa membaca ayat Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yg lain

3) Barang siapa membaca ayat Kursi pada akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli-ahli rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa yg membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

5) Setiap lelaki dan wanita yg mengamalkan ayat Kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat kepada Allah, maka dia terselamat daripada segala kejahatan yg dtg dari syaitan, jin dan manusia seperti dikenakan sihir, terselamat dari kecurian, ragut, dan dijauhkan dari fitnah jalanan seperti kemalangan dan sebagainya.

1 ulasan: