Selasa, 10 Julai 2012

Andai itu takdirnye....

Salam untuk semua.. Akhirnye saya diberi kesempatan dan sedikit ruang untuk mula menulis sesuatu di blog yg telah sekian lama tidak di'update'.Selama ini mungkin tiada sebarang cerita untuk dikongsi tetapi akhirnya ia datang secara tiba-tiba.Tanpa saya duga dan tanpa sesiapa pun menyangka bahawa cerita itu akan membawa saya menerokai sebuah pengalaman yg mungkin bukan semua org dapat melaluinya. Buat teman-teman yang masih tertanya-tanya apa sebenarnye yang sedang saya lalui,saya di sini ingin berkongsi kisah ini dengan anda semua. Nik Muhammad Irfan....semua orang tahu bahawa dialah satu-satunya harta saya,nyawa saya,dunia saya dan segala bahagia dan duka saya ada pada dia.Semuanya bermula pada hujung Disember 2011 apabila Irfan tiba-tiba sakit.Siangnya dia aktif seperti biasa tetapi menjelang malam dia tiba-tiba demam dan mengadu sakit pada kebanyakan sendi.Sakit Irfan ini berlarutan.Kadang-kadang sehingga seminggu lamanya dia demam, sihat semula dalam masa seminggu dan demam semula seminggu kemudiannya. Saya bawa Irfan ke klinik kerajaan di Tampin,hasil pemeriksaan, doktor mengatakan Irfan kekurangan air dalam badan dan bacaan sel darah merah yang sedikit rendah.Seminggu kemudian Irfan sakit lagi.Saya tidak menunggu lama lalu saya bawa Irfan ke sebuah hospital swasta di Melaka. Sejak itu saya berulang alik ke sana hampir setiap minggu bermula bulan Januari hingga Mei untuk rawatan Irfan. Doktor pakar mengatakan Irfan mengidap penyakit Still's Disease.Kata doktor, penyakit ini menyerang sendi-sendi mengakibatkan demam dan anemia(penyakit kekurangan sel darah merah).Sejak itu ubat Irfan sering bertukar-tukar. Cuma yg menjadi kebimbangan saya, ubat yang diberi kepada Irfan hanyalah ubat tahan sakit. Kata doktor, penyakit ini belum ada ubat yang khusus untuknya,yang ada hanyalah ubat tahan sakit.Sebutlah apa jenis ubat tahan sakit yang Irfan tidak pernah makan sejak dia dirawat di hospital tersebut. Ibuprofen,aspirin,steroid...semua telah diberi kepada Irfan.Tapi hati saya bimbang.Sampai bila Irfan akan bergantung kepada ubat tahan sakit?Kenapa penyakit ini masih tiada ubat yang khusus untuknya?Saya berusaha mengumpul sebanyak maklumat tentang penyakit Still's Disease di internet tapi hati saya tetap risau. Melihat Irfan yang masih sakit walaupun telah diberi pelbagai jenis ubat menyebabkan saya mula meragui tentang penyakit sebenar Irfan.Saya mula mendapatkan pandangan dari ahli keluarga dan teman-teman. Alhamdulillah, akhirnya Allah menggerakkan hati saya untuk bertukar ke hospital lain bagi mendapatkan second opinion dari doktor yang lain. Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Kuala Pilah...di sini perjalanan yang tidak diduga itu bermula.Saya bawa Irfan berjumpa doktor pakar kanak-kanak di sana.Terima kasih kepada sahabat saya,Marzirah bt Ibrahim yang banyak membantu saya sepanjang Irfan berada di sana.Doktor mengarahkan Irfan dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjutan. Sampel darahnya diambil untuk penyiasatan.Hasil ujian darah,Irfan didapati tidak menghidap penyakit Virus Kencing Tikus,Malaria,jangkitan kuman dalam darah dan penyakit SLE. Tetapi doktor masih ingin membuat beberapa ujian darah lagi untuk mengenalpasti punca sebenar penyakit Irfan. Saya bersetuju walaupun saya tahu ia mengambil sedikit masa, mungkin seminggu,mungkin sebulan,saya akan tetap menunggu asalkan saya dapat mengetahui penyakit sebenar Irfan. Irfan akhirnya dibenarkan keluar dari wad sementara menunggu keputusan ujian-ujian darah yang lain kerana sampel darah Irfan terpaksa dihantar ke Hospital Seremban dan HKL untuk diuji di sana. Dua hari kemudian Irfan sakit semula. Dia diserang demam dan sakit-sakit pada sendi lutut dan dada. Saya ke Hospital Kuala Pilah semula dan doktor mengarahkan sampel darah Irfan diambil sekali lagi.Menjelang petang saya menerima berita yang sangat mengejutkan.Doktor mengatakan bahawa terdapat bacaan yang tidak normal pada ujian darah Irfan.Dan ayat inilah yang menyebabkan air mata saya mengalir laju tanpa dipinta.. "Ibu(doktor memang memanggil saya dengan panggilan ini), Nik Muhammad Irfan disyaki mengidap penyakit leukimia. Kemungkinan besar pihak makmal tidak dapat mengesan penyakit ini sebelum ini kerana anak ibu telah diberi ubat steroid sebelum ini oleh doktor yang terdahulu. Pengambilan steroid sebelum penyakit sebenar dikenalpasti boleh menyebabkan penyakit seperti tersembunyi dan menyebabkan ia gagal dikesan. Untuk mengesahkan ia, saya ingin meminta kebenaran ibu untuk membenarkan kami mengambil air sum-sum tulang Irfan.Itulah cara yang paling tepat untuk mengesahkan anak ibu mengidap leukimia atau tidak". Ya Allah..jantung saya bagaikan terhenti seketika.Saya peluk Irfan kuat-kuat.Air mata saya mengalir laju. Tuhan,mengapa saya?Mengapa Irfan?Saya jadi lemah,mula menyalahkan takdir.Irfan pandang saya dan dia mula menangis."Bu,kenapa bu?Kenapa ibu nangis?Ipan sakit apa bu?"Irfan tanya saya berulang kali. Saya peluk dia lagi. Esoknya,13hb Jun 2012,saya membenarkan doktor mengambil air sum-sum tulang Irfan untuk diuji dan pada 14hb Jun 2012,hari Khamis jam 12 tengahari doktor mengesahkan Irfan mengidap penyakit leukimia. Berulang kali saya berusaha memotivasikan diri. Menerima dengan redha segala ketentuan Ilahi tetapi saat doktor menyebut perkataan Irfan disahkan mengidap leukimia,air mata saya gugur lagi.Badan terasa sangat lemah sehingga saya tidak boleh berdiri. Malam itu juga Irfan dimasukkan terus ke wad Pediatrik Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dan disinilah perjuangan saya dan Irfan bermula. Doktor mengesahkan Irfan menghidap penyakit Acute Lymphoctic Leukimia (ALL), sejenis penyakit kanser darah yang paling biasa menyerang kanak-kanak.Tempoh rawatan Irfan memakan masa antara 1 hingga 2 tahun. Dia akan menjalani rawatan kemoterapi dan ini menyebabkan Irfan tidak boleh ke sekolah sekurang-kurangnya setahun kerana kesan rawatan kemoterapi menyebabkan sistem imunisasi Irfan tidak kuat untuk melawan penyakit. Segala-galanya telah berubah bagi saya. Perjalanan hidup saya telah berubah serta merta. Saya kini mengambil cuti sepenuh masa untuk menjaga Irfan. Sebelum ini saya sering berdoa agar Allah berikan saya petunjuk tentang penyakit sebenar Irfan. Allah telah memakbulkan doa saya dan kini saya memohon kepada Allah agar saya terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk berjuang bersama Irfan. Moga Allah terus memberkati perjalanan hidup saya dan Irfan selepas ini.Moga suatu hari nanti,dengan izin Allah saya akan mendapat kembali Irfan saya yang dahulu. Irfan yang ceria, aktif dan bijak. Saya telah mula menerima takdir ini dengan redha.Andai ini takdirNya untuk saya,saya berdoa agar hati dan jiwa saya terus tenang dan tabah. Satu yang saya telah mula pelajari,bukan semua orang dapat merasai pengalaman yang sedang saya lalui ini.Sesungguhnya saya bersyukur kerana pengalaman ini membuka minda saya tentang sesuatu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Dan sekarang saya boleh berkongsi rasa dan kisah saya untuk dipelajari oleh orang lain.InsyaAllah,jika ada kelapangan saya akan update blog saya lagi. Doakan untuk Irfan..Moga ada sinar untuk dia di penghujung hari nanti.Amin....

8 ulasan:

  1. saya doakan anak cikgu akan cepat sembuh . harap cikgu bersabar dgn ujian yg telah Allah beri. Allah takkan uji hambanya lebih dari kemampuannya dirinya sendiri.

    BalasPadam
  2. sedih sy membaca kisah ini. macam2 dugaan cikgu tempuhi. semoga irfan cepat sembuh. Smoga Allah kurniakan ketabahan dlm diri cikgu. Allah menguji hamba-Nya kerana dia sayang. Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.

    BalasPadam
  3. lart..aku harap ko tabah hadapi ujian ini..Aku doakan anak ko cepat sembuh dan jalani kehidupan seperti biasa.Ko kuat lart..aku doakan kesejahteraan ko & irfan...

    BalasPadam
  4. berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul,kt harap Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan utk awk lalui sume ni,awk kena kuat demi dia,bantu dia utk berjuang,kt tau dia pn kuat sebab awk."ipan xnak tengok ibu nangis lagi..ipan nk jadi kuat.."kt ingat ayat 2..dr seorang anak kecil yang dah faham hati seorang ibu..kt yakin awan mendung akan berarak utk memberi ruang pada sang mentari memancarkan sinarnye..sama-samalah kt berdoa untuknye,Allah maha pendengar,maha pengasih akan hambaNye,moga anak mama cepat sembuh...Amin

    BalasPadam
  5. sabar ye kak..sama2 kt doa mg2 ipan cepat sembuh....

    BalasPadam
  6. Bagaimana keadaan anak puan sekarang? Semoga Puan dan Irfan kuat berjuang menentang penyakit ini.

    BalasPadam
  7. Bagaimana keadaan anak puan sekarang? Semoga Puan dan Irfan kuat berjuang menentang penyakit ini.

    BalasPadam